Watak dan Perwatakan Kira_Izuru

Kira mempunyai mata biru dan rambut perang muda yang menutupi separuh daripada wajahnya. Rambutnya juga memanjang sehingga membentuk dua "tanduk" tetapi penampilan ini berlaku baru-baru ini sahaja. Selain itu, Kira tampak hampir sama seperti shinigami lain. Walaupun tidak dinyatakan dalam rekod rasmi, besar kemungkinan Kira adalah seorang kidal kerana dia berjabat tangan dengan tangan kirinya (ditunjukkan dalam episod 46).

Kira berdedikasi terhadap kawan dan tugasnya. Walaupun bersahabat karib dengan Hinamori Momo, dia menunjukkan taat setia yang tidak berbelah bagi kepada kaptannya, Ichimaru dengan bertarung dengan Hinamori apabila Hinamori meratapi kematian kaptannya. Selepas kejadian itu, dia memanggilnya "raksasa" kerana sanggup mencederakan Hinamori.